BAKTERIA
Hubungan manusia
dengan bakteria atau hidupan seni sentiasa rumit dan sukar dijelaskan. Manusia
sentiasa takut kepada “kuman”, iaitu organisma di sebalik penyakit, namun
manusia menerima mereka memandangkan peranan mereka dalam siratan makanan,
penghasilan produk berinovasi seperti makanan, bahan pelincir, pelarut, tenaga,
ubat-ubatan, bioplastik, digunakan dalam struktur binaan bagi memperbaiki batu
bata retak secara semulajadi dan sebagainya. Pelbagai jenis mikrob terdapat di
badan kita mahupun dalam persekitaran yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai
aplikasi dalam kehidupan kita dan masih belum diterokai dengan lebih mendalam
sehingga kini.
Bakteria yang dikultur di dalam inkubator, Makmal Mikrobiologi, UNISEL.
SENI PERTUMBUHAN BAKTERIA
Pertumbuhan bakteria telah
dijadikan sebagai seni agar. Penggunaan media pertumbuhan makmal biasa sebagai kanvas
dan menggunakan pertumbuhan mikroorganisma sebagai seni bagi mencipta rupa dan gambaran seperti lakaran, lukisan dan juga karya seni 3D. Bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia dicalit pada agar-agar. Hidupan seni ini akan membiak pada agar-agar untuk mendedahkan karya seni yang dicalit dan hasilnya dapat dilihat selepas melalui proses inkubasi.
Kultur bakteria yang dilihat menggunakan “colony counter”
AKTIVITI PERSAMPELAN BAKTERIA
Penghasilan seni mikrob telah dilakukan oleh
pelajar Yayasan Selangor melalui aktiviti persampelan seperti berikut:
a.
|
Menyanyi selama ± 1 minit dengan
menghala pada permukaan plat agar.
|
b.
|
Batuk
sebanyak 3 kali atau 5 saat pada permukaan
plat agar.
|
c.
|
Bercakap selama ± 1 minit dengan
menghala pada permukaan plat agar.
|
d.
|
Ketawa dan mengilai sambil
menyebut “hahaha” pada
permukaan plat agar.
|
e.
|
Tarik nafas
dan tahan selama
3 saat dan
hembus sekuatnya pada
permukaan plat agar.
|
f.
|
Swab
permukaan lidah menggunakan putik kapas dan calit corak
pada plat agar.
|
g.
|
Pilih
satu tempat (contoh: permukaan daun, tanah,
lantai, kerusi dll)
dan calitkan corak pada plat agar.
|
h.
|
Swab
kulit dan calit
corak pada plat agar.
|
i.
|
Pilih
satu objek atau
barang peribadi (contoh: permukaan hp, beg, pensil) dan calitkan corak pada plat agar.
|
Aktiviti persampelan mikrob
HASIL SENI MIKROB
Selepas diinkubasi plat agar selama 24 jam, hasilnya
tidak dapat dijangkakan kerana lukisan yang dicalit pada awalnya tidak dapat
dilihat oleh mata kasar dan sampel yang diambil merupakan mikrob yang berada di
badan peserta atau di sekitar makmal.
Berikut adalah di antara hasil-hasil seni yang dihasilkan oleh pelajar
Yayasan Selangor semasa aktiviti STEM.
Hasil seni kultur mikrob dari sampel badan peserta dan sekitar makmal.
Oleh: Dr Roshani Binti Othman
No comments:
Post a Comment