Pada 17 September 2026, SMK Seksyen 3, Bandar
Kinrara, Puchong telah menjemput Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
(FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) untuk mengendalikan Program Ceramah STEM
2026 yang melibatkan seramai 300 orang pelajar Tingkatan 3. Program ini
dilaksanakan sebagai salah satu usaha memberikan pendedahan kepada para pelajar
mengenai bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)
serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan STEM dalam pendidikan dan
pembangunan kerjaya.
Program ini turut memberi ruang kepada para
pelajar untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai laluan pendidikan
dan peluang kerjaya dalam bidang STEM. Pendedahan awal seperti ini dapat
membantu pelajar memahami potensi bidang STEM serta membuat persediaan sebelum
memilih pakej atau aliran pengajian di peringkat menengah atas.
Dua sesi ceramah telah disampaikan sepanjang
program. Sesi pertama bertajuk “STEM dan Kerjaya” yang disampaikan oleh Puan
Rozila binti Alias, manakala sesi kedua, “STEM: Myths VS Reality”, telah
disampaikan oleh Dr. Noor Asiah binti Hassan. Kedua-dua sesi memberikan
perspektif berbeza kepada pelajar tentang bidang STEM, khususnya dari aspek
kerjaya serta persepsi dan realiti dalam bidang tersebut.
Selain sesi ceramah, pelajar turut mengambil
bahagian dalam sesi perbincangan kumpulan yang memberi peluang kepada mereka
untuk berinteraksi, berkongsi pandangan dan mengemukakan idea berkaitan STEM.
Ts. Noor Halini binti Baharim turut membantu membimbing pelajar sepanjang sesi
perbincangan bagi memastikan penglibatan mereka berlangsung secara aktif dan
terarah.
Program berlangsung dengan lancar dan berakhir
pada 12.30 tengah hari. FSTE merakamkan penghargaan kepada pihak SMK Seksyen 3,
Bandar Kinrara atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga program
seumpama ini dapat terus memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan serta
meningkatkan minat generasi muda untuk meneroka bidang STEM.
Disediakan oleh:
Ts. Noor Halini Baharim





.jpg)





.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
















.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)

























