Simposium Projek Tahun Akhir, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FELS-US 3.0) merupakan salah satu platfom bagi membentangkan hasil penyelidikan pelajar tahun akhir yang diselia oleh pensyarah mengikut bidang kepakaran masing-masing. Matlamat utama simposium ini adalah untuk menggalakkan budaya penyelidikan dan penulisan di kalangan pelajar serta pensyarah.
Simposium
ini dijalankan selama dua hari pada 29 & 30 Mac 2022 secara hybrid iaitu
menggunakan platform atas talian dan juga secara fizikal dengan melibatkan seramai
41 orang pelajar tahun akhir dari Jabatan Kejuruteraan dan juga dari Jabatan
Sains dan Bioteknologi.
Program
dimulai dengan majlis perasmian oleh Y.B Puan Rozana Binti Zainal Abidin, Ahli
Dewan Undangan Negeri Permatang, Selangor. Seterusnya, syarahan oleh penceramah
utama iaitu Prof. Dato’ Ir Dr Hassan
Basri, Prof. Dato’ Ts. Dr Kamaruzzaman Sopian dan Prof. Madya Dr Mohd. Termizi
Yusof.
Program diteruskan dengan pembentangan projek tahun akhir
pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat yang dijalankan secara atas
talian dan dikendalikan oleh moderator yang terdiri dari pensyarah-pensyarah
FKSH. Penilaian pembentangan telah dibuat oleh panel akademik luar dan pihak
industri yang telah dilantik.
Pembentangan
dibahagikan kepada tiga kluster iaitu kluster ‘System, Design &
Instrumentation’, kluster ‘Advanced Materials,Environment and
Sustainability’ dan kluster ‘Applied Science and Mathematics’.
Hari
ke dua simposium telah diadakan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh
Prof. Madya Dr Dzulkarnain Ahmad, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat
serta penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut kluster.
Program
diakhiri dengan sesi temuduga terbuka yang dijalankan oleh pihak industri bersama
pelajar semester akhir secara atas talian. Sebanyak tiga syarikat telah
menyertai sesi temuduga ini iaitu JESS Technology Sdn. Bhd., J&T dan Synar
Setara Resources Sdn. Bhd.
Simposium
FELS-US 3.0 yang berlangsung selama dua hari telah labuhkan tirai pada jam 5.30
petang. Simposium ini tidak mungkin berjalan lancar tanpa sokongan AJK
pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan program berjalan lancar.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya
menyiapkan projek tahun akhir sehingga ke pembentangan akhir.
Oleh: Hanita Hashim (FELS)
No comments:
Post a Comment