Thursday, September 17, 2026

FSTE Semarak Minat STEM dalam Kalangan Pelajar SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara Puchong, Selangor

 

Pada 17 September 2026, SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara, Puchong telah menjemput Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universiti Selangor (UNISEL) untuk mengendalikan Program Ceramah STEM 2026 yang melibatkan seramai 300 orang pelajar Tingkatan 3. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan STEM dalam pendidikan dan pembangunan kerjaya.

Program ini turut memberi ruang kepada para pelajar untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai laluan pendidikan dan peluang kerjaya dalam bidang STEM. Pendedahan awal seperti ini dapat membantu pelajar memahami potensi bidang STEM serta membuat persediaan sebelum memilih pakej atau aliran pengajian di peringkat menengah atas.

Dua sesi ceramah telah disampaikan sepanjang program. Sesi pertama bertajuk “STEM dan Kerjaya” yang disampaikan oleh Puan Rozila binti Alias, manakala sesi kedua, “STEM: Myths VS Reality”, telah disampaikan oleh Dr. Noor Asiah binti Hassan. Kedua-dua sesi memberikan perspektif berbeza kepada pelajar tentang bidang STEM, khususnya dari aspek kerjaya serta persepsi dan realiti dalam bidang tersebut.

Selain sesi ceramah, pelajar turut mengambil bahagian dalam sesi perbincangan kumpulan yang memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi, berkongsi pandangan dan mengemukakan idea berkaitan STEM. Ts. Noor Halini binti Baharim turut membantu membimbing pelajar sepanjang sesi perbincangan bagi memastikan penglibatan mereka berlangsung secara aktif dan terarah.

Program berlangsung dengan lancar dan berakhir pada 12.30 tengah hari. FSTE merakamkan penghargaan kepada pihak SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara atas jemputan dan kerjasama yang diberikan. Semoga program seumpama ini dapat terus memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan serta meningkatkan minat generasi muda untuk meneroka bidang STEM.








Disediakan oleh:

Ts. Noor Halini Baharim






No comments:

Post a Comment

FSTE Semarak Minat STEM dalam Kalangan Pelajar SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara Puchong, Selangor

  Pada 17 September 2026, SMK Seksyen 3, Bandar Kinrara, Puchong telah menjemput Fakulti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (FSTE), Universit...