Tuesday, August 2, 2022

“TEROKAI DUNIA ELEKTRIK…LET’S GO!”

 Oleh: Dr. Rajendran a/l Sinnadurai dan Rohaizah binti Mohd Ghazali

ISM Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian

Jurutera adalah pencipta dan penyelesai masalah dunia. Begitu juga dengan Jurutera Elektrik. Tahukah kamu siapa yang menbina lampu (LED), telefon, TV pintar, dan sebagainya? Kesemua peralatan ini dibangunkan dengan bantuan jurutera. Hampir setiap kemudahan dalam kehidupan seharian kita telah diwujudkan melalui kejuruteraan.

Terokai ‘Dunia Elektrik’.... Let’s GO! merupakan suatu aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dari tajaan Yayasan Selangor pada 2 dan 3 Julai 2022. Objektif utama aktiviti-aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan berkaitan dunia elektrik.  Aktiviti-aktiviti ini pasti akan menyeronokkan dan pelajar-pelajar akan merasai pengalaman membina pasukan dan kerjasama rakan sepasukan yang lebih baik dalam menyelesaikan setiap aktiviti yang dijalankan.

Kaedah perlaksanaannya adalah seperti berikut:

1.     Pelajar akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dimana satu kumpulan seramai 5 (LIMA) pelajar. 

2.     Terdapat 3 (TIGA) aktiviti yang perlu dijalankan oleh pelajar-pelajar.

3.     Setiap aktiviti akan ditempatkan pada makmal (stesen) yang ditentukan.

4.     Pelajar perlu menyelesaikan setiap aktiviti tersebut mengikut masa yang ditetapkan.

5.     Selesai tugasan, pelajar akan diberi satu keping kertas.

6.     Kepingan kertas tersebut perlu di kumpul pada setiap stesen dan akan dicantumkan pada stesen terakhir. Cantuman kertas akan menghasilkan satu perkataan dan anda perlu melaungkan perkataan tersebut untuk menjadi pemenang mengikut masa yang ditetapkan.

 

Aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

Stesen 1:

Litar ‘Maze Lucu Buzz Wire’ – Kejutaan Jari Experimen litar perlanggaran atau sentuhan.

1.     Pelajar diberikan satu set Litar ‘Maze Lucu Buzz Wire’

2.     Pelajar perlu mencantumkan semua komponen yang diberikan sehingga siap.

3.     Setelah siap, setiap pelajar dalam kumpulan perlu menjalani ujian litar tanpa perlanggaran.

4.     Sekiranya kejutan litar berlaku, maka pelajar perlu mengulangi aktiviti tersebut sampai berjaya.

5.     Selesai di stesen 1, pelajar akan diberikan sekeping kertas dan akan bergerak ke stesen seterusnya.

 

Stesen 2:

Kereta Mini Solar – Jom Lumba!

1.   Pelajar diberikan satu set Kereta Mini Solar.

2.   Pelajar perlu mencantumkan semua komponen yang diberikan sehingga siap.

3.   Apabila siap, halakan ke cahaya matahari dan kita akan lihat kereta kumpulan mana yang akan bergerak ke garisan penamat dahulu.

4.   Selesai di stesen 2, pelajar akan diberikan sekeping kertas dan akan bergerak ke stesen seterusnya.

 

Stesen 3:

Mini Turbin Angin – Jana Elektrik!

1.  Pelajar diberikan satu set Mini Turbin Angin.

2.  Pelajar perlu mencantumkan semua komponen yang diberikan sehingga siap.

3. Apabila siap, halakan ke arah angin dan kita akan lihat mini turbin angin  kumpulan mana yang akan berputar dan menyalakan lampu dengan lama.

4. Selesai di stesen 3, pelajar akan diberikan sekeping kertas dan akan bergerak  ke stesen seterusnya.

 

Stesen 4:

Stesen terakhir

1.  Pelajar akan berkumpul di rotunda mengikut kumpulan.

2. Cantumkan kepingan kertas yang telah dikumpulkan pada setiap stesen tadi dan perlu melaungkan perkataan tersebut untuk menjadi pemenang.!

 

Hasil daripada pemerhatian daripada aktiviti-aktiviti ini adalah seperti berikut:

Para pelajar dapat merasai pengalaman menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang disediakan secara berpasukan. Dengan ini, secara tidak langsung, mereka dapat menerokai ‘Dunia Elektrik’.

Dalam aktiviti pertama ‘Maze Lucu Buzz Wire’, pelajar perlu berhati-hati dalam menjalani ujian litar ini tanpa berlakunya perlanggaran. Sekiranya perlanggaran berlaku maka kejutan litar akan terjadi. Ini berikutan berlakunya litar pintas dan tanda amaran bunyi buzz akan kedengaran. 




Bagi aktiviti kedua ‘Kereta Mini Solar’, pelajar dapat mempelajari cara-cara pemasangan setiap komponen. Setelah siap pemasangan komponen, wakil kumpulan akan menguji kereta solar tersebut dengan menghalakan ke arah cahaya matahari. Kereta kumpulan mana yang bergerak ke garisan penamat dahulu dikira sebagai pemenang aktiviti ini. Dengan bekalan kuasa solar, pelajar tidak memerlukan bateri kerana kereta akan bergerak di bawah cahaya matahari.



Manakala bagi aktiviti yang ketiga, pelajar dapat mempelajari penggunaan angin sebagai sumber bekalan kuasa elektrik. Hasil daripada pemasangan mini turbin angin akan berputar dan menyalakan lampu dengan bantuan sumber angin.






 
Aktiviti terakhir merupakan cantuman kertas. Setelah selesai setiap aktiviti, pelajar akan diberikan satu keping kertas. Kepingan kertas tersebut perlu di kumpul pada setiap stesen dan akan dicantumkan pada stesen terakhir. Cantuman kertas akan menghasilkan satu perkataan (nama seorang saintis) dan pelajar perlu melaungkan perkataan tersebut untuk menjadi pemenang mengikut masa yang ditetapkan.

 Penglibatan pelajar-pelajar dalam kesemua aktiviti yang disediakan dapat menarik minat dalam bidang STEM sekaligus menjadi satu titik permulaan dalam memperkenalkan dunia elektrik kepada semua. Lebih banyak lagi aktiviti yang lain akan dijalankan pada masa yang akan datang dalam menerokai dunia elektrik yang hebat!




 

No comments:

Post a Comment

INNOVATION PRODUCT : POLYCATFISH SUSTAINABLE AGROFOOD SOLUTIONS

  PREPARED BY : DR ROSHANI BINTI OTHMAN NUR AKMAL BINTI SULIMAN DR INTAN FARAHA BINTI AB GHANI