Program ‘STEM Amusement Day’ telah dijalankan pada 1 hingga 3 Julai 2022 yang lalu di Kampus Bestari Jaya, Universiti Selangor melibatkan 132 orang pelajar Yayasan Selangor. Program kolaborasi bersama Yayasan Selangor ini adalah pertama kali dianjurkan setelah lebih 2 tahun tiada sebarang program di kampus bersama pelajar sekolah dijalankan akibat pandemik Covid-19.
Penganjuran program ini adalah usaha Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) bertujuan untuk melonjakkan minat dan kecenderungan pelajar-pelajar terhadap bidang STEM selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan. Disamping itu, pelajar akan didedahkan dengan aktiviti STEM dan berpeluang untuk merasai sendiri suasana di kampus universiti.
Program ini bermula dengan sesi pendaftaran pelajar di Dewan Naib Canselor pada sesi petang dan di Dewan Canselor pada sesi malam.
Terdapat beberapa pengisian tentatif yang telah
dijalankan bagi mencapai objektif dan seterusnya menjayakan program ini. Antara pengisian
adalah:
1. Motivational Talk
Sesi ceramah motivasi oleh Ts. Dr. Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid bertujuan meningkatkan motivasi pembelajaran pelajar dan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan Pendidikan STEM, kemahiran belajar dengan mudah serta mengembalikan semangat pelajar dalam menempuhi haluan kehidupan pada masa akan datang.
3. Ice-breaking
Sesi dikendalikan oleh fasilitator untuk mewujudkan suasana yang selesa di kalangan pelajar, mengurangkan rasa tertekan dan takut, memberi peluang kepada pelajar berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang menyeronokkan dan mengurangkan rasa malu dan rendah diri apabila berada di dalam kelompok yang belum dikenali.
4. Senamrobik
1. Pelaksanaan STEM Aktiviti
Pelajar dibahagikan kepada 6
kumpulan dan dibawa ke 6 kluster secara bergilir – gilir oleh fasilitor. 6 kluster tersebut
adalah seperti berikut:
i) Kluster Kejuruteraan
Elektrik
Aktiviti: Terokai Dunia Elektrik… Let’s Go!
ii) Kluster
Kejuruteraan Awam
Aktiviti: Structure and Civil Work
Measurement – Where to Build?
iii) Kluster
Kejuruteraan Mekanikal
Ativiti: Paper Plane (Mechanical
Concept)
iv) Kluster
Matematik dan Statistik
Aktiviti: Piramid Sierpinski
v) Kluster
Teknologi Industri
vi) Kluster
Bioteknologi
Aktiviti: Microbes Art
Matlamat pelaksanaan
aktiviti STEM ini adalah untuk menanam minat pelajar terhadap mata pelajaran STEM,
menimbulkan kesedaran akan kepentingan mata pelajaran STEM dalam kehidupan
seharian dan seterusnya menjadikan bidang STEM sebagai pilihan kerjaya pada
masa akan datang. Semangat kerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah
dapat dipupuk menerusi pelaksanaan
aktiviti STEM ini.
6. BBQ Night
Pelajar dibahagikan kepada 12 kumpulan dan diberikan
tugasan untuk membuat persembahan dalam kumpulan masing-masing. Persembahan
mereka adalah bertemakan ‘STEM’ dan objektif persembahan BBQ Night adalah untuk
mengasah bakat pelajar menyampaikan persembahan berkonsepkan STEM di hadapan khalayak
ramai. Selain itu, dapat membina keyakinan diri pelajar serta dapat memberi
galakan kepada pelajar yang malu untuk menonjolkan diri.
7. Majlis perasmian dan penutup progam
Majlis ini dihadiri oleh wakil-wakil dari Yayasan Selangor
iaitu Puan Zahura Binti Zakry (Pengurus Kanan Pendidikan Yayasan Selangor),
Puan Hjh. Norazah Binti Asari (Pengurus Asrama Yayasan Selangor Klang), guru-guru
pengiring dari Asrama Yayasan Selangor Klang dan Asrama Yayasan Selangor Sabak
Bernam, krew dari Bahagian Komunikasi Yayasan Selangor, pengurusan tertinggi
FKSH, ahli jawatankuasa pelaksana dari Yayasan Selangor dan Unisel, fasilitator
Unisel dan pelajar yang menyertai program ini.
Pengumuman kumpulan / individu terbaik bagi setiap kluster
untuk aktiviti STEM, kumpulan membuat persembahan terbaik untuk BBQ Night serta
penyertaan terbaik untuk cabaran ‘Tik Tok STEM Amusement Day’ oleh Dekan fakulti, Prof. Madya Dr. Dzulkarnain Bin Ahmad dibuat sebelum beliau merasmi dan menutup program ‘STEM Amusement Day’ yang kali pertama
diadakan bagi tahun 2022.
Program ‘STEM Amusement Day’ selama 3 hari ini telah
dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berjalan dengan lancar serta telah
mencapai objektif program yang telah dirancang. Diharap program kolaborasi seperti
ini dapat diteruskan lagi untuk jangka masa yang panjang. Tahniah kepada semua
ahli jawatankuasa pelaksana yang telah terlibat.
Disediakan oleh:
SHAHIDA BINTI ABD. LATIF
Pengarah
Program ‘STEM Amusement Day’
2022
No comments:
Post a Comment