Kursus
pendek "Arduino Workshop for
Beginners" telah diadakan pada 29 Mei 2024 (Rabu) di Makmal Komputer,
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, UNISEL. Kursus ini menyasarkan pelajar
sekolah dari pelbagai peringkat umur, iaitu antara 10 hingga 17 tahun dan telah
diadakan semasa cuti sekolah pada bulan Mei 2024, memberikan peluang kepada
pelajar untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang bermanfaat.
Tambahan
pula, kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman
luas dan mahir, iaitu Ts. Mohamed Faisal Abdul Waduth, serta dibantu oleh
beberapa fasilitator yang lain. Struktur kursus ini merangkumi sesi teori dan
praktikal, di mana para pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang
mereka pelajari dengan bimbingan yang berterusan. Antara topik utama
termasuklah pengenalan kepada Arduino dan komponennya., cara menyambung dan
mengendalikan Arduino, penulisan kod asas untuk mengawal peranti elektronik
serta eksperimen-eksperimen seperti mengawal LED, motor, dan sensor.
Gambar 1:
Tenaga pengajar Ts. Mohamed Faisal Abdul Waduth memberi penerangan kepada para
peserta
Gambar 2: Para
fasilitator bersedia membantu peserta-peserta
Gambar 3: Peserta-peserta
membuat eksperimen Arduino
Selain
itu, kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang STEM
(Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) serta dapat membuka peluang
kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran dan minat mereka dalam teknologi.
Gambar 4: Peserta-peserta
bergambar dengan sijil masing-masing
Secara
keseluruhan, "Arduino Workshop for
Beginners" ini telah mencapai matlamatnya dalam meningkatkan
pengetahuan dan minat pelajar dalam bidang STEM. Diharapkan program seperti ini
dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai
pelajar.
Disediakan oleh
Rohaizah
Mohd Ghazali
Pengarah Progam Kursus Pendek "Arduino Workshop for Beginners"
Bersama Ahli Jawatankuasa Program: Dr. Wan Nazirah, Dr.
Arif, Ts. Mohamed Faisal, Ts. Dr. Siti Birkha, Dr Anis Sabirin, Siti Nor
Baizura & Suzana
No comments:
Post a Comment