Tuesday, December 31, 2024

PERSAMPELAN IKAN KELI BUNGA (CLARIAS MACROCEPHALUS)

Pada 5 Februari 2024, satu aktiviti persampelan ikan keli bunga (Clarias macrocephalus) telah dijalankan di Yan, Kedah. Aktiviti ini melibatkan lima orang staf, bertujuan mengumpul data penting bagi kajian berkaitan spesies ikan air tawar ini. Kajian ini telah dibiayai oleh Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) bagi tahun 2023 yang diketuai oleh Dr Roshani Othman.



  





Kajian ini dijalankan dengan menggunakan C. macrocephalus yang merupakan salah satu spesies ikan keli yang menjadi khazanah bernilai di Asia Tenggara termasuklah Malaysia kerana potensi isinya yang lembut dan sedap sekaligus menjadikannya sebagai spesies penting dalam sektor akuakultur. Walau bagaimanapun, populasi liar C. macrocephalus semakin berkurangan akibat penangkapan berlebihan, kemusnahan habitat, pencemaran, dan aktiviti manusia yang lain. Selain itu, penternakan C. macrocephalus menghadapi cabaran seperti kekurangan benih dan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding spesies hibrid, yang menunjukkan prestasi pertumbuhan yang lebih baik.






Persampelan dijalankan di beberapa lokasi strategik dengan fokus kepada habitat semula jadi termasuk kawasan sawah padi, parit, dan sungai kecil sekitar Kampung Selengkoh,Yan, Kedah.

Terima kasih kepada dedikasi dan usaha semua staf yang terlibat, aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Yan, Kedah, sekali lagi membuktikan potensinya sebagai kawasan penting dalam penyelidikan biodiversiti ikan air tawar.



 Disediakan oleh :

Farrah Nazuha binti Mansor

Dr Roshani binti Othman

Nur Akmal binti Suliman

Sulaiman Abdul Haq bin Hazman

Khairul Anwar bin Mohd Said

No comments:

Post a Comment

PERSAMPELAN IKAN KELI BUNGA (CLARIAS MACROCEPHALUS)

Pada 5 Februari 2024, satu aktiviti persampelan ikan keli bunga ( Clarias macrocephalus ) telah dijalankan di Yan, Kedah. Aktiviti ini melib...