Tuesday, November 29, 2022

PROGRAM ‘STEM AMUSEMENT DAY’ - FKSH, UNISEL X YAYASAN SELANGOR

 Program ‘STEM Amusement Day’ telah dijalankan pada 1 hingga 3 Julai 2022 yang lalu di Kampus Bestari Jaya, Universiti Selangor melibatkan 132 orang pelajar Yayasan Selangor. Program kolaborasi bersama Yayasan Selangor ini adalah pertama kali dianjurkan setelah lebih 2 tahun tiada sebarang program di kampus bersama pelajar sekolah dijalankan akibat pandemik Covid-19.

Penganjuran program ini adalah usaha Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) bertujuan untuk melonjakkan minat dan kecenderungan pelajar-pelajar terhadap bidang STEM selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan menerusi pelbagai pihak berkepentingan. Disamping itu, pelajar akan didedahkan dengan aktiviti STEM dan berpeluang untuk merasai sendiri suasana di kampus universiti.

 Program ini bermula dengan sesi pendaftaran pelajar di Dewan Naib Canselor pada sesi petang dan di Dewan Canselor pada sesi malam.






Terdapat beberapa pengisian tentatif yang telah dijalankan bagi mencapai objektif dan seterusnya menjayakan program ini.        Antara pengisian adalah:

 

1.  Motivational Talk

 Sesi ceramah motivasi oleh Ts. Dr. Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid bertujuan meningkatkan    motivasi pembelajaran pelajar dan memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan Pendidikan STEM, kemahiran belajar dengan mudah serta mengembalikan semangat pelajar dalam menempuhi haluan    kehidupan pada masa akan datang.


 
2. Pengisian Rohani





3.  Ice-breaking

Sesi dikendalikan oleh fasilitator untuk mewujudkan suasana yang selesa di kalangan pelajar, mengurangkan rasa tertekan dan takut, memberi peluang kepada pelajar berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang menyeronokkan dan mengurangkan rasa malu dan rendah diri apabila berada di dalam kelompok yang belum dikenali. 




4. Senamrobik




1.  Pelaksanaan STEM Aktiviti

 

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan dibawa ke 6 kluster secara bergilir – gilir oleh fasilitor. 6 kluster tersebut adalah seperti berikut:

i)          Kluster Kejuruteraan Elektrik

Aktiviti: Terokai Dunia Elektrik…  Let’s Go!



ii)         Kluster Kejuruteraan Awam

Aktiviti: Structure and Civil Work Measurement – Where to Build?




iii)        Kluster Kejuruteraan Mekanikal

Ativiti: Paper Plane (Mechanical Concept)



iv)        Kluster Matematik dan Statistik

Aktiviti: Piramid Sierpinski




v)         Kluster Teknologi Industri

Aktiviti: Drone at Home



vi)        Kluster Bioteknologi

             Aktiviti: Microbes Art







Matlamat pelaksanaan aktiviti STEM ini adalah untuk menanam minat pelajar terhadap mata pelajaran STEM, menimbulkan kesedaran akan kepentingan mata pelajaran STEM dalam kehidupan seharian dan seterusnya menjadikan bidang STEM sebagai pilihan kerjaya pada masa akan datang. Semangat kerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah dapat dipupuk  menerusi pelaksanaan aktiviti STEM ini.

 

6. BBQ Night

 

  Pelajar dibahagikan kepada 12 kumpulan dan diberikan tugasan untuk membuat persembahan dalam kumpulan masing-masing. Persembahan mereka adalah bertemakan ‘STEM’ dan objektif persembahan BBQ Night adalah untuk mengasah bakat pelajar menyampaikan persembahan berkonsepkan STEM di hadapan khalayak ramai. Selain itu, dapat membina keyakinan diri pelajar serta dapat memberi galakan kepada pelajar yang malu untuk menonjolkan diri.








7. Majlis perasmian dan penutup progam

 

Majlis ini dihadiri oleh wakil-wakil dari Yayasan Selangor iaitu Puan Zahura Binti Zakry (Pengurus Kanan Pendidikan Yayasan Selangor), Puan Hjh. Norazah Binti Asari (Pengurus Asrama Yayasan Selangor Klang), guru-guru pengiring dari Asrama Yayasan Selangor Klang dan Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam, krew dari Bahagian Komunikasi Yayasan Selangor, pengurusan tertinggi FKSH, ahli jawatankuasa pelaksana dari Yayasan Selangor dan Unisel, fasilitator Unisel dan pelajar yang menyertai program ini.

 

Pengumuman kumpulan / individu terbaik bagi setiap kluster untuk aktiviti STEM, kumpulan membuat persembahan terbaik untuk BBQ Night serta penyertaan terbaik untuk cabaran ‘Tik Tok STEM Amusement Day’ oleh Dekan fakulti, Prof. Madya Dr. Dzulkarnain Bin Ahmad dibuat sebelum beliau merasmi dan menutup program ‘STEM Amusement Day’ yang kali pertama diadakan bagi tahun 2022.






Program ‘STEM Amusement Day’ selama 3 hari ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini berjalan dengan lancar serta telah mencapai objektif program yang telah dirancang. Diharap program kolaborasi seperti ini dapat diteruskan lagi untuk jangka masa yang panjang. Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang telah terlibat.

 

 

Disediakan oleh:

 

   SHAHIDA BINTI ABD. LATIF

Pengarah                                                                                        

Program ‘STEM Amusement Day’ 2022


Wednesday, October 12, 2022

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab FKSH Kali Kedua

 Mesyuarat Agung Tahunan Kelab FKSH Kali Kedua telah diadakan pada 5 OGOS 2022 bersamaan hari Jumaat di Lecture Theatre FKSH tepat jam 11 pagi. Seramai 48 ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis iaitu Pn Yati Ashikin Binti Abdul Wahab diikuti dengan bacaan doa oleh Tn Hj Faizal Bin Yahya. Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kelab telah dirasmikan oleh YBhg. Prof Madya Dr. Dzulkarnain Bin Ahmad, Dekan Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat.




Pembentangan Laporan Kewangan Kelab FKSH oleh Tn Hj Faizal Bin Yahya selaku Bendahari Kelab diikuti pula pembentangan  aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019-2022 oleh Pengerusi Kelab, Ybhg Tn Hj Zaini Bin Mohd dan seterusnya membubarkan Jawatankuasa Kelab FKSH bagi Tahun 2019-2022 dan membuat pemilihan Jawatankuasa baru bagi tahun 2022-2024.

Ahli jawatankuasa yang dilantik adalah seramai 10 orang dan 2 orang pemeriksa kira-kira yang dilantik. Manakala jumlah ahli yang berdaftar sehingga kini adalah 90 orang.

 

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab FKSH bagi tahun 2022-2024 adalah

Pengerusi : Tuan Haji Faizal Bin Yahaya

Timbalan Pengerusi : Tuan Haji Mohd Zaini Bin Yaa’cob

Bendahari : Pn Zuraini Binti Ayob

Setiausaha : Pn. Yati Ashikin Abdul Wahab

Penolong Setiausaha : Ir. Ibtisam binti Ismail

Ahli Jawatankuasa Kuasa :

En. Khairul Anwar bin Mohd Said

En. Mohd Syawalnudin bin Abdul Rahman

Encik Nurualam Bin Mohd Sohaimi

Puan Juwairiyyah Bt Abdul Rahman

Puan Noor Asiah Binti Hassan

 

Juruaudit dalaman yang telah dilantik adalah seperti berikut:

Puan NorHezan Binti Umar

Cik Sharifah Zuraidah Binti Syed Abdul Jalil

 

Bagi tahun 2020, pelbagai aktiviti telah pun dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan oleh AJK kelab. Namun demikian, bermula 18 Mac 2020 sehingga kini, seluruh negara telah terlibat dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat Corona Virus (Covid 19) yang melanda seluruh dunia. Keadaan PKP, PKPB dan PKPP ini telah memberi kesan besar kepada pelaksanaan beberapa aktiviti Kelab FKSH yang telah dirancang. Walau bagaimanapun, sepanjang tahun 2020 aktiviti kelab masih bertunjangkan kebajikan. Diantaranya aktiviti yang berjaya dilaksanakan adalah :

1.  Majlis Persaraan Prof Anuar dan staf berpindah

2.  Majlis perpisahan Ahli Kelab, Pn Muzairihana dan Pn Emirah

3.  Pertandingan Bowling 2019, Pusat Bowling

4.  Jamuan Hari Raya Aidilfitri, Bilik Cakerawala Jasbio 2019

5.  Jamuan perpisahan dengan Jabatan Sains Kesihatan, 2020

AJK juga telah memberi komitmen dan kerjasama yang amat baik dalam memastikan aktiviti yang direncanakan dapat dijalankan dengan jayanya. Semoga penglibatan AJK lantikan baru lebih komited dan banyak aktiviti dapat dilaksanakan pada tahun mendatang.

Disediakan oleh:

NOOR ASIAH BINTI HASSAN

Setiausaha Kelab FKSH

Sesi 2019-2022



Knowing Engineering Majors

 A major in engineering is an interdisciplinary study of math, science, and business principles. Students learn how to design and conduct experiments, identify and solve problems, understand professional and ethical responsibility, and communicate effectively in general engineering courses. While scientists and inventors create new ideas, it is engineers who put these ideas into practise.

In Malaysia, the engineering sector experienced the highest median salary growth between 2020 and 2021, and according to the most recent JobStreet Salary Report 2022, engineering is among the top FOUR highest paying job in Malaysia. This data demonstrates that engineering is a lucrative career that requires a distinct set of skills.

Engineers are professionals who have earned a degree recognised by the Washington Accord for Engineers and are regulated and registered by the Board of Engineers Malaysia (BEM). The Washington Accord aims to make professional engineers' mobility easier. By recognising engineering degrees as equivalent in all signatory countries, it makes it easier for engineers to obtain professional registration in other countries, thereby increasing employment opportunities.

One of the private universities with this accreditation is UNISEL. It is difficult to gain admission to public universities; however, this problem can be solved by enrolling in a private university with reasonable fees (such as UNISEL). Engineering tuition at UNISEL is among the lowest of any private university.

Strong problem-solving abilities are one of the most important skills an engineer can have. Enroll in the engineering programme at UNISEL to begin preparing for your future.

The Current Top 10 salaries by Industry in Malaysia (Jobstreet Salary Report 2022)

Prepared by:

Nor Laili Mahmud (Lecturer, Mechanical Division)



Tuesday, September 27, 2022

Lawatan ke Taman Vanila di Amani Vanilla Temerloh

Pada 8 September 2022 (Khamis), satu lawatan telah dijalankan ke Amani Vanilla Temerloh di Kampung Bangau Parit (Temerloh, Pahang) oleh kumpulan pembangunan tanaman bagi Projek SCORSA-UNISEL.  Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari teknik semaian dan penanaman pokok vanilla untuk dibangunkan di Rumah Hijau SCORSA melalui teknik akuaponik terancang dan pintar. Semasa di sana, ahli kumpulan telah disambut oleh dua orang pekerja yang memberi informasi tentang latar belakang pengusaha Amani Vanilla Temerloh, (M. Feisal Mohamad Norawi), sejarah pembukaan dan kejayaan yang dicapai sehingga kini. Selanjutnya, ahli kumpulan telah diberi penerangan ringkas dan demonstrasi penyediaan bahan-bahan untuk semaian dan cara penanaman pokok vanilla melalui keratan batang dan penjagaannya. Vanila adalah antara tanaman yang tidak popular di Malaysia memandangkan penjagaannya yang agak rumit, namun permintaan ektrak vanilla diperingkat antarabangsa amatlah tinggi dan penghasilannya mampu memberikan pulangan yang lumayan. Pokoknya memerlukan sokongan untuk membolehkan batangnya melilit atau merambat untuk naik keatas dari permukaan tanah. Tempoh untuk pokoknya matang dan berbunga mengambil masa lebih kurang 3 tahun, di mana proses pendebungaan bagi penghasilan pod buah vanilla perlu dilakukan secara manual dan pokoknya juga mudah dijangkiti penyakit. Ini adalah antara cabaran-cabaran yang dilalui oleh pengusahanya yang kini telah pun berjaya menanam vanilla baka Planifolia di kawasan seluas 1.6 hektar semenjak tahun 2008. Beliau juga telah membuka lagi kawasan penanaman yang lebih luas di Negeri Sembilan. Beliau kini telah berjaya mengeksport hasil tanaman vanillanya ke beberapa buah negara seperti Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman. Sebelum pulang, ahli kumpulan telah dijamu dengan aiskrim perisa vanilla hasil dari tanaman mereka yang ternyata enak dan terasa keasliannya. Hasil dari latihan dan penerangan ringkas ini, ahli kumpulan telah berjaya memindahkan keratan batang vanilla yang telah disemai selama 2 minggu dari tarikh lawatan ke rumah hijau. Keratan batang diikat pada menara sabut kelapa yang dibina di sistem akuaponik. Ahli kumpulan telah memulakan penyelidikan ke atas pertumbuhan pokok vanilla melalui sistem akuaponi, di mana sistem pengairan dan pembajaan asli dari tangki ternakan ikan disalurkan melalui sistem kitaran tertutup. Walaupun teknik ini adalah satu pendekatan baru yang agak mencabar, namun telah kelihatan mata tunas baru tumbuh pada keratan batang vanilla. Oleh itu, diharapkan penyelidikan ke atas penanaman vanilla secara akuaponik ini akan berjaya mencapai objektifnya.

Sekian.



Laluan dan pintu masuk ke Amani Vanilla Temerloh


Pokok vanilla memerlukan kawasan redup bagi mengurangkan pendedahan cahaya matahari


Sabut kelapa dibina seperti menara dan dijadikan sokongan untuk pokok vanilla tumbuh menjalar dari permukaan bawah ke atas


Sesi taklimat dari kakitangan Amani Vanilla Temerloh


Penyediaan bahan-bahan untuk semaian


Keratan pokok vanilla yang telah disemai oleh wakil kumpulan dari Unisel


Penerangan penjagaan dan pembajaan pokok vanilla


Pod buah vanilla yang telah dikeringkan mengandungi ektrak vanilla


Keratan batang yang dipindahakan ke menara sabut kelapa yang dibina pada sistem akuaponik di Rumah Hijau-SCORSA (Unisel)


Bahagian bawah keratan batang dibenamkan sedikit ke dalam timbunan leca balls yang menggantikan fungsi tanah


Mata tunas baru kelihatan tumbuh di bahagian sisi keratan batang vanilla


Disediakan Oleh:

Emi Fazlina Hashim

Ketua

Bahagian Pembangunan Tanaman

Rumah Hijau-SCORSA (UNISEL)













Program Mentor-Mentee Pendakian & Rekreasi di Santuari Ikan Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

  Pada 5 Julai 2026, satu Program Mentor-Mentee Pendakian dan Rekreasi telah dilaksanakan di Santuari Ikan Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu...