Thursday, July 14, 2022

LAWATAN KERJA AGRO FARMING FELS-UNISEL KE TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

 


Program lawatan kerja ke Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands pada 2 Jun 2022 dianjurkan buat pertama kalinya sebagai memenuhi salah satu agenda /perancangan Projek Agro Farming FKSH-UNISEL. Program lawatan ini diadakan sebagai pengisian bagi minggu cuti pertengahan semester universiti di mana tidak mengganggu aktiviti perkuliahan. Lawatan yang disertai oleh 16 orang staf FKSH ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan teknologi pertanian terkini seiring dengan perkembangan semasa dalam membangunkan projek Agro Farming di UNISEL dan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.


AKTIVITI YANG DIJALANKAN




Penerangan dari pihak MARDI Cameron Highlands berkenaan Profil
             Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands







Lawatan ke Taman-Taman





Lawatan ke Test Bed (Makmal Pemprosesan) Teknologi MARDI dan penerangan mengenai proses-proses dan juga mesin alatan







Lawatan ke Plot Tanaman






Lawatan ke Plot Tanaman Tanpa Tanah (Teknik Fertigasi Meja)






Lawatan ke Plot Demo Penyelidikan (Pemuliharaan Tanah/Plot hakisan tanah)


Pusat Jualan Pokok- Pembelian Beberapa Pokok (Lavender & Keladi) Untuk Ditanam Di Tapak Projek Agro Farming FKSH-UNISEL.



PENUTUP

Semoga program lawatan kerja ini dapat memberikan impak yang positif dan bermanfaat kepada semua pihak yang terlibat terutamanya para peserta yang terdiri daripada Staf FELS sendiri di mana mampu meningkatkan pengetahuan  terhadap  teknologi pertanian terkini seiring dengan perkembangan semasa dalam membangunkan projek Agro Farming di UNISEL dan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

Oleh: Sulaiman Abdul Haq Bin Hazman




No comments:

Post a Comment

INNOVATION PRODUCT : POLYCATFISH SUSTAINABLE AGROFOOD SOLUTIONS

  PREPARED BY : DR ROSHANI BINTI OTHMAN NUR AKMAL BINTI SULIMAN DR INTAN FARAHA BINTI AB GHANI