Thursday, November 7, 2024

KURSUS PENDEK CANVA FOR BEGINNERS 2024

 

Kursus pendek "Canva for Beginners" telah diadakan pada 20 Julai 2024 (Sabtu) di Makmal Komputer, Sekolah Menengah Islam Hira’ & Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor. Kursus ini menyasarkan pelajar sekolah dari pelbagai peringkat umur, iaitu antara 13 hingga 17 tahun. Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mereka bentuk grafik dengan cara mudah bagi mencipta pelbagai bahan visual dan dapat memenuhi ciri-ciri keperluan Pendidikan di bilik darjah. Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman luas dan mahir, iaitu Puan Rohaizah Ghazali, pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, dibantu oleh fasilitator dari fakulti yang sama. Struktur kursus ini merangkumi sesi teori dan praktikal, di mana para pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang mereka pelajari dengan bimbingan yang berterusan. Antara topik utama termasuklah pengenalan kepada Canva dan perinciannya, merekabentuk slaid, video dan poster. Diantara penekanan dalam rekabentuk adalah tajuk, kombinasi bentuk, warna, tulisan, element, susun atur dan tulisan.

Gambar 1: Tenaga pengajar Pn Rohaizah Ghazali memberi penerangan kepada para peserta




Gambar 2: Peserta-peserta membuat latihan sambil diberi tunjuk ajar oleh fasilitator

     


Gambar 3: Sesi perbincangan menentukan pemenang bagi setiap kategori.


Gambar 4: Pemenang kategori poster (Noor Aisyah Humaira Binti Ismail)


Gambar 5: Pemenang kategori video (Muhammad Adam Haiqal bin Fauzi)


Gambar 6: Pemenang kategori slaid (Aisyah Irdina Binti Abdul Halim)



Gambar 7: Peserta-peserta bergambar dengan sijil masing-masing didalam bilik makmal komputer Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira’



Gambar 8: Penyampaian sijil penghargaan serta cenderahati kepada Mualim dan Pembantu Makmal Sekolah Menengah Islam Hira’ dan Maahad Tahfiz Al Quran Hira’

                       

Secara keseluruhan, "Canva for Beginners" ini telah mencapai matlamatnya dalam meningkatkan pengetahuan dan minat pelajar dalam rekabentuk dan membantu meningkatkan pembelajaran melalui pemanfaatan visual dan kreatif. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar dalam penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Disediakan oleh

DR. Anis Sabirin Binti Baharom

Pengarah Progam Kursus Pendek "Canva for Beginners"

Ahli Jawatankuasa Program: Dr. Wan Nazirah Wan Adnan, Dr. Mohd Arif Mat Norman, Ts. Mohamed Faisal Abdul Waduth, Ts. Dr. Siti Birkha Mohd Ali, Siti Nor Baizura Zawawi, Rohaizah Mohd Ghazali & Ir Rabitah Handan










No comments:

Post a Comment

INNOVATION PRODUCT : POLYCATFISH SUSTAINABLE AGROFOOD SOLUTIONS

  PREPARED BY : DR ROSHANI BINTI OTHMAN NUR AKMAL BINTI SULIMAN DR INTAN FARAHA BINTI AB GHANI