Tuesday, December 31, 2024

JAMUAN MAKAN MALAM JASBIO 2024

 

Pada tanggal 27 Disember 2024, Jabatan Sains dan Bioteknologi (JASBIO), Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat telah mengadakan Jamuan Makan Malam JASBIO 2024 bertempat di Zombie Seafood, Meru, Selangor. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dan dihadiri oleh seramai 27 orang, termasuk ahli keluarga staf.

Walaupun ramai staf bercuti atau mempunyai urusan peribadi, kehadiran yang ada tetap memeriahkan suasana. Gelak tawa dan gurauan mesra antara rakan sekerja menjadikan majlis ini penuh kehangatan, mencerminkan hubungan erat dalam pasukan JASBIO.

Persiapan majlis ini mengambil masa sebulan, dengan usaha memilih lokasi yang sesuai dan membuat tempahan makanan bagi memastikan keselesaan dan kepuasan para tetamu. Pilihan Zombie Seafood ternyata tepat, dengan hidangan yang enak dan suasana santai yang melengkapkan kemeriahan malam itu.

Jamuan ini bukan sahaja menjadi acara santai, tetapi juga satu kenangan manis untuk menutup tirai tahun 2024 dengan penuh keakraban.

Semoga ikatan yang terjalin terus kukuh dan memberikan semangat baru untuk menghadapi tahun 2025!













#JASBIO2024 #Teamwork #ZombieSeafood #EndYearCelebration

Disediakan oleh :

Sulaiman Abdul Haq bin Hazman





No comments:

Post a Comment

PERSAMPELAN IKAN KELI BUNGA (CLARIAS MACROCEPHALUS)

Pada 5 Februari 2024, satu aktiviti persampelan ikan keli bunga ( Clarias macrocephalus ) telah dijalankan di Yan, Kedah. Aktiviti ini melib...