Pada 28 Februari 2025, sesi pembentangan Projek
Tahun Akhir 1 bagi pelajar Program ISM (Kep) Teknologi Industri telah diadakan
di Discussion Room 1. Majlis bermula pada 9.15 pagi, didahului dengan ucapan
ringkas oleh Pensyarah subjek ‘Final Year Project 1’, Ts. Noor Halini Baharim,
yang memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar. Seterusnya, sesi
diteruskan dengan bacaan doa oleh Ts. Dr Rahmad bin Mohd Taib bagi memberkati
majlis.
Seramai enam pelajar telah membentangkan
projek masing-masing mengikut giliran yang telah ditetapkan, iaitu Dhevesh, Shashmithra,
Imran Amin, Ruttresan, Santhosz dan Muhammad Adam. Setiap pelajar diberikan masa selama 20 minit
untuk pembentangan diikuti dengan sesi soal jawab selama 10 minit bersama dua
pemeriksa penilai. Pembentangan berlangsung dengan lancar dan teratur, di mana
setiap pelajar berjaya menyampaikan hasil kajian mereka dengan baik serta
menjawab soalan yang diajukan dengan yakin.
Sepanjang sesi, suasana di dalam bilik
pembentangan penuh dengan tumpuan dan profesionalisme. Para pelajar menunjukkan
persiapan yang rapi dan penggunaan bahan visual yang jelas dalam menerangkan
projek mereka. Pemeriksa penilai turut memberikan maklum balas yang membina
kepada setiap pelajar, membantu mereka memahami kekuatan dan aspek yang boleh
diperbaiki dalam kajian masing-masing. Keseluruhan sesi berlangsung dalam
keadaan yang kondusif dan teratur, mencerminkan usaha gigih yang telah
dilakukan oleh para pelajar sepanjang semester ini.
Majlis berakhir pada jam 12.50 tengah hari
dengan harapan agar semua pelajar dapat meneruskan usaha mereka dalam subjek ‘Final
Year Project II’ pada semester hadapan. Pensyarah serta pemeriksa penilai
menasihati para pelajar agar mengambil maklum balas yang diberikan untuk
memperbaiki projek mereka sebelum ke peringkat akhir. Diharapkan mereka akan
lebih bersedia dalam menghadapi cabaran seterusnya dan menghasilkan kajian yang
berkualiti tinggi.
Disediakan oleh:
Ts. Noor Halini binti Baharim
Tuan Azmar binti Tuan Daud
No comments:
Post a Comment