Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Dana Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2022 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta) mulai 20 Disember 2021.
Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses melalui pautan https://mygrants.gov.my. Tarikh akhir penghantaran proposal FRGS Tahun 2022 ke CRIL adalah pada 31 Januari 2022 (Rujuk Jadual Kerja Permohonan Geran FRGS Tahun 2022 yang dilampirkan).
Sehubungan dengan ini, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk membuat permohonan geran penyelidikan ini.
Disertakan slaid dan rakaman perkongsian ilmu Prof Dato' Ts. Dr. Kamaruzzaman Sopian pada 21 Jan 2022 baru-baru ini tentang tips penulisan kertas cadangan yang baik
https://drive.google.com/drive/folders/1nO-v9dl5BfQR2ZTdrWPwVgGrLBwuGD8H?usp=sharing
No comments:
Post a Comment