Thursday, May 12, 2022

Heterotrigona itama Honey (Kelulut Honey) and it’s potential value

Malaysia’s local stingless bee, Heterotrigona itama or renowned as the Kelulut bee creates a path in scientific research due to its honey production. Its honey is composed of active therapeutics properties like antioxidant, antimicrobial as well as tonnes of valuable physicochemical properties. These small size stingless bees are not only stress-free to handle but expedient as a future commodity to Malaysia.


The quality of Kelulut honey is comparable to Manuka honey as a therapeutic agent. Undeniably, it is worth having intensive research on honey. A sweet-sour of Kelulut honey with acidic pH (1-3) with low moisture content offers a low risk of microbes’ contamination.




In addition, these foraging bees are active in gaining their food resources from floral rich area resources. The capacity of Heterotrigona itama to bring more honey from flower nectar is much higher compare to their other families’ member like Tetrigona apicalis and Tetragonula laeviceps.



Thus, the objective of the study is to analyze and incorporate more than hundreds of journals upon the discovery of the physicochemical such as moisture content, ash content, pH, color intensity, electrical conductivity, phenolic content, flavonoid content, and chemical composition of this honey was reviewed and found that proved that H. itama honey is good for human health, especially for cancer patient due to its high phenolic content and beneficial physicochemical trace in the honey that linked to the antioxidants activity by reducing free radical or oxidative reaction within the food system.



Furthermore, due to their physicochemical, antioxidant, and antibacterial, many people especially small and medium businesses use Heterotrigona itama honey to produce a cosmetic products such as soap. This review is also important to determine and acknowledge the quality of stingless bee honey which can guarantee the consumer’s safety and protect them against fraud.



Besides that, the biological complex properties of the stingless bee’s honey include sugar, phytochemical compound namely phenolic acid and flavonoid, and other bioactive form such as amino acid and phenolic acid, protein, and vitamins might play important role in influencing the signaling pathway of disease development. In the future, more reviews should be analyzed information on the investigation of minerals and heavy metals in honey as it indicates the geographical origin as well as the degree of contamination. Such information could notify the consumer when purchasing the honey and assist beekeepers in avoiding contaminated areas. Furthermore, such information can sustain the quality control procedure during the honey trade in the markets.


By: Noor Asiah Binti Hassan (FELS)

SIMPOSIUM PROJEK TAHUN AKHIR, FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS HAYAT (FELS-US 3.0)

 Simposium Projek Tahun Akhir, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FELS-US 3.0) merupakan salah satu platfom bagi membentangkan hasil penyelidikan pelajar tahun akhir yang diselia oleh pensyarah mengikut bidang kepakaran masing-masing. Matlamat utama simposium ini adalah untuk menggalakkan budaya penyelidikan dan penulisan di kalangan pelajar serta pensyarah.


Simposium ini dijalankan selama dua hari pada 29 & 30 Mac 2022 secara hybrid iaitu menggunakan platform atas talian dan juga secara fizikal dengan melibatkan seramai 41 orang pelajar tahun akhir dari Jabatan Kejuruteraan dan juga dari Jabatan Sains dan Bioteknologi.



Program dimulai dengan majlis perasmian oleh Y.B Puan Rozana Binti Zainal Abidin, Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Selangor. Seterusnya, syarahan oleh penceramah utama iaitu Prof. Dato’ Ir Dr Hassan Basri, Prof. Dato’ Ts. Dr Kamaruzzaman Sopian dan Prof. Madya Dr Mohd. Termizi Yusof.

Program diteruskan dengan pembentangan projek tahun akhir pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat yang dijalankan secara atas talian dan dikendalikan oleh moderator yang terdiri dari pensyarah-pensyarah FKSH. Penilaian pembentangan telah dibuat oleh panel akademik luar dan pihak industri yang telah dilantik.




Pembentangan dibahagikan kepada tiga kluster iaitu kluster ‘System, Design & Instrumentation’, kluster ‘Advanced Materials,Environment and Sustainability’ dan kluster ‘Applied Science and Mathematics’.


Hari ke dua simposium telah diadakan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr Dzulkarnain Ahmad, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat serta penyampaian hadiah kepada pemenang mengikut kluster.

Program diakhiri dengan sesi temuduga terbuka yang dijalankan oleh pihak industri bersama pelajar semester akhir secara atas talian. Sebanyak tiga syarikat telah menyertai sesi temuduga ini iaitu JESS Technology Sdn. Bhd., J&T dan Synar Setara Resources Sdn. Bhd.

Simposium FELS-US 3.0 yang berlangsung selama dua hari telah labuhkan tirai pada jam 5.30 petang. Simposium ini tidak mungkin berjalan lancar tanpa sokongan AJK pelaksana yang bertungkus lumus bagi memastikan program berjalan lancar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menyiapkan projek tahun akhir sehingga ke pembentangan akhir.



Oleh: Hanita Hashim (FELS)


Wednesday, May 11, 2022

PROJEK AGRO FARMING FKSH-UNISEL (AKTIVITI GOTONG ROYONG PEMBINAAN RUMAH TEDUHAN POKOK)

 Acara gotong royong di tapak Agro Farming, STP telah berlangsung yang mana melibatkan seramai 25 orang staf fakulti, staf JPP dan staf Loji.

Pautan video gotong royong: https://www.youtube.com/watch?v=p0jnA7bua5g

Gambar sebelum:



Gambar semasa gotong-royong berlangsung:







Gambar selepas selesai gotong-royong


Rumah Teduhan Pokok Berkos Rendah Menggunakan Kayu-Kayu Terpakai

Oleh: Farrah Nazuha Binti Mansor (FELS)


PROJEK AGRO FARMING FKSH-UNISEL (AKTIVITI PENANAMAN POKOK)

 Pelaksanaan Projek  Agro Farming FKSH-UNISEL di Loji Rawatan Kumbahan (STP), UNISEL adalah bertujuan untuk  penanaman  dan penjualan pokok  landskap berkualiti  tinggi dan penghasilan pati minyak melalui kaedah bioteknologi.







Antara pokok-pokok lanskap (Caladium sp) yang ditanam di STP, UNISEL.



KURSUS JANGKA PENDEK “INTRODUCTION TO WATER QUALITY ANALYSIS; AN INTRODUCTION" atau PENGENALAN KEPADA ANALISIS KUALITI AIR

 Kursus jangka pendek anjuran Jabatan Kejuruteraan, FKSH ini merupakan kursus pendedahan serta pengenalan awal kepada Analisis Kualiti Air. Kursus yang bertajuk  “INTRODUCTION TO WATER QUALITY ANALYSIS; AN INTRODUCTION” ini telah diadakan pada 30 Disember 2021 (Khamis) selama 3 jam secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom.


Penceramah bagi kursus ini adalah Ts. Hajah Hazmin Mansor. Berlatarbelakangkan jurusan Kejuruteraan Kimia dan Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar, juga merupakan seorang pensyarah di Divisyen Kejuruteraan Awam ini mengambil kesempatan untuk berkongsi maklumat berkaitan analisis kualiti air serta kepentingannya.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta berkaitan kondisi kualiti air sungai semasa di negara kita, pengenalan kepada standard kualiti air yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan cara-cara untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Antara topik yang disentuh juga adalah teknik persampelan yang betul serta pembentangan berkaitan analisis penilaian kualiti air serta cara bagaimana untuk mengenalpasti kualiti air secara kasar.

Seramai 13 orang peserta dalam kalangan pelajar, pensyarah, pembantu teknik dan penyelidik telah mendaftar dan menghadiri kursus ini. Yuran penyertaan yang sangat minima dikenakan kepada para peserta sebanyak dua puluh ringgit seorang.

Program 3 jam yang bermula pada jam 9 pagi ini tamat pada jam 12 tengah hari seperti yang dirancang. Program ini tidak mungkin berjalan lancar tanpa sokongan AJK pelaksana yang bertungkus lumus memastikan program berjalan lancar.  Bermula dengan sesi pembentangan, diselang-seli dengan soalan, program berakhir pada kira-kira jam 1150 dengan sesi fotografi dalam talian.


Program ini telah menjadi satu titik permulaan di dalam memperkenalkan kursus kualiti air. Lebih banyak siri kursus jangka pendek seperti ini dengan sasaran peserta yang berbeza akan dijalankan pada masa akan datang.

Oleh: Ts Hazmin Binti Mansor

Unisel Bantu Selesaikan Permasalahan Ergonomik Stesen Kerja Di Industri Perkilangan

 2021. Unisel telah berkolaborasi dengan Innovation Center of HICOM Diecastings Sdn Bhd dalam kajian penyelidikan berkaitan isu ergonomik yang dihadapi oleh segelintir pekerja di kilang tersebut baru-baru ini. Kajian penyelidikan oleh kumpulan sub penyelidikan Advanced Materials & Manufacturing Research Group (AMMRG) ini diterajui oleh Dr Nazlin Hanie Abdullah, pensyarah Kejuruteraan Mekanikal yang juga merupakan Timbalan Dekan Akademik di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH). Kajian yang dijalankan ini mengkaji dan menerapkan elemen ergonomik dalam rekabentuk stesen kerja sedia ada, serta kesesuaian dengan tugasan yang dijalankan oleh pekerja dalam keadaan berdiri dan pegun dalam jangkamasa yang agak lama. 



Menurut Dr Nazlin, ergonomik di tempat kerja merupakan sains yang mementingkan kesesuaian antara pekerja dengan tugasan yang dilakukan. Ia meletakkan pekerja sebagai elemen utama dengan mengambilkira keupayaan dan batas kemampuan pekerja dengan merangkumi tugasan, prosedur operasi, peralatan, rekabentuk stesen kerja dan juga keadaan persekitaran bersesuaian dengan pekerja tersebut. Ia merupakan semakan berkenaan sejauh mana tugasan tersebut dapat diselesaikan dengan seboleh mungkin meminimumkan beban fizikal, mental dan juga fisiologi kepada tubuh badan pekerja tersebut tanpa memberi risiko kesihatan jangka masa panjang.   


Persekitaran stesen kerja yang kurang ergonomik seperti suhu persekitaran organisasi yang melampau, kurang pencahayaan dan ruang kerja yang sesak boleh menjadi ukuran yang menyumbang kepada faktor risiko ergonomik dan seterusnya mendatangkan stres di kalangan pekerja. Justeru, dalam proses merekabentuk sesebuah stesen kerja, beberapa faktor ergonomik perlu diberi perhatian. Kegagalan melaksanakan prinsip ergonomik terhadap rekabentuk stesen kerja boleh menyebabkan pekerja mengalami tekanan emosi dan fizikal seterusnya produktiviti dan hasil kerja menjadi kurang berkualiti.  Keadaan ini bukan sahaja merupakan ancaman utama terhadap kesihatan pekerja tetapi juga kejayaan dan produktiviti sesebuah organisasi. Pekerja yang mengalami stress di tempat kerja boleh menjadi punca utama yang menjejaskan fisiologi, psikologi dan juga kelakuan individu. 




Selain itu, peralatan yang digunakan oleh pekerja juga boleh menjadi faktor risiko ergonomik sekiranya tidak bersesuaian dengan keadaan dan kemampuan fizikal dan fisiologi pekerja. Pengubahsuaian yang betul terhadap peralatan dan stesen kerja boleh meminimumkan terjadinya kesakitan dan memberi keselesaan kepada pekerja. Pekerja yang mempunyai keperluan kerja yang tinggi, beban kerja yang banyak, stress di tempat kerja yang melampau, keperluan memori yang tinggi, tumpuan kerja yang tinggi akan lebih berisiko untuk mengalami stress dan terdedah dengan masalah kesihatan.




Kesimpulannya, rekabentuk stesen kerja yang ergonomik adalah amat signifikan dengan faktor fizikal dan ciri-ciri pekerja. Begitu juga dengan persekitaran ruang kerja, pengudaraan dan tempoh masa bekerja. Semakin padan ciri-ciri individu dengan persekitaran kerja, maka masalah stres di tempat kerja dapat diminimumkan. Penambahbaikan sesebuah stesen kerja kepada yang lebih ergonomik boleh memberi kesan positif dalam meminimumkan masalah stres di tempat kerja dan meningkatkan produktiviti organisasi.




Oleh: Dr Nazlin Hani Binti Abdullah




BERNAS 2021: Cultivating Science, Technology, and Innovation in Selangor

 

Faculty of Engineering and Life Sciences (FELS), UNISEL in collaboration with Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) as the main host and Syarikat Adakan Holdings Sdn. Bhd. will hold the Bengkel Rantai Nilai Inovasi Selangor 2021 (BERNAS 2021) starting from 4 December 2021 until 6 March 2022. BERNAS continues the Technology and Innovation Communication Camp 2020 (TICC). It is an initiative of Cultivating Science, Technology and Innovation in Selangor. This training program is mainly for final year students taking Final Year Project (FYP) in Information Technology and Multimedia, Business Management, Engineering, and Life Sciences, at KUIS and UNISEL in various faculties. A total of 50 participants were involved from KUIS and UNISEL, respectively. The implementation of this program has received approval from the Selangor State Treasury with a total approved allocation of RM225,440.00 as a direct grant. 





The program objectives are to provide a basic understanding of the Innovation Value Chain and strengthen the ability of participants to correctly identify the problem their FYP tackles (Problem Identification) as well as secure support (buy-in) for the FYP ideas effectively from the listeners (Idea Championing). This understanding revolves around each participant’s Final Year Project, integrated with Paralanguage and Chemistry Communication skills. Such a combination will ensure effectiveness in gaining the support of the audience, especially investors

There are three programs will be conducted 100% online based on the SOP of the National Security Council (MKN). Program 1 is in the form of 6 series of seminars whose participation is open to the public, focusing on participants selected by KUIS and UNISEL from 4 December 2021 until 26 December 2021 on every Saturday/and Sunday. Participants will be exposed to the topics of the definition of Innovation (Correcting the Misperception), Innovation Value Chain Intellectual Property, Creative Phase, Operation Phase, and Connecting the Phases by the panelist from industry, KUIS, and UNISEL. Panels from UNISEL are Ts. Siti Birkha Mohd Ali (Senior Lecturer, FELS) and Dr. Hazeeq Hazwan Azman (Deputy Dean Academic, CFGS).

Programs 2 and 3 are in the form of a training program that allows participants to identify problems to be solved, formulate solution ideas that stakeholders will accept, and come up with ideas effectively in obtaining resources to realize the idea. Training sessions were conducted with mentors provided and worked on by the academic-industry coalition. Program 2 and 3 will use a combination of the following methods:

Online lectures: Active learning with technical contextual activities, Flipped-learning, online discussion with mentor. Case studies based on participants Final Year Projects: Industry -based assessment Formative assessment (PDP) and summative (delivery assessment).




Therefore UNISEL, KUIS, and the industry are confident that we will be able to mobilize energy and make this program a success in strengthening the Innovation Value Chain in the state of Selangor in particular. 

By: ROHAIZAH MOHD GHAZALI (FELS) 

INNOVATION PRODUCT : POLYCATFISH SUSTAINABLE AGROFOOD SOLUTIONS

  PREPARED BY : DR ROSHANI BINTI OTHMAN NUR AKMAL BINTI SULIMAN DR INTAN FARAHA BINTI AB GHANI