Satu lawatan industri ke 3D Gens Sdn Bhd., Bukit Jelutong, Shah Alam telah diadakan pada 25 Januari 2022 yang lalu melibatkan pelajar-pelajar tahun akhir ISM Kejuruteraan Mekanikal, UNISEL yang telah mengambil kursus Computer Aided Manufacturing (CAM) dan Failure Analysis for Materials. Lawatan industri ini adalah yang pertama kali dianjurkan oleh Divisyen Kejuruteraan Mekanikal setelah lebih 2 tahun tiada lawatan industri dijalankan akibat pandemik Covid-19. Seramai 23 orang pelajar, pensyarah dan pembantu teknik telah terlibat di dalam lawatan ini yang diketuai oleh Dr. Nazlin Hanie Abdullah. Lawatan ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan teknologi terkini Additive Manufacturing atau 3D printing. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan secara praktikal berkenaan teknologi ini terus dari industri.
Sesi foto bersama pengasas 3D Gens, Dr Izhar Abdul Aziz
3D Generation atau dikenali sebagai 3D Gens telah diasaskan oleh Dr Izhar Abdul Aziz dengan matlamat untuk mengindustrikan 3D Modeling dan 3D Printing. Di dalam lawatan ini, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan kemahiran 3D Scanning, 3D Printing dan melihat sendiri bagaimana proses-proses ini dilakukan. Lawatan dimulakan dengan sesi penerangan berkenaan dengan proses 3D printing oleh Dr Izhar Abdul Aziz. Pelajar-pelajar telah diterangkan berkenaan proses-proses yang terlibat seperti merekabentuk 3D modeling menggunakan perisian CAD dan juga mengimbas menggunakan teknik 3D scanning sebelum proses 3D printing dilakukan.
Sesi taklimat oleh Dr Izhar Abdul Aziz
Setelah selesai sesi penerangan tersebut, pelajar telah dibawa untuk melihat demonstrasi proses 3D scanning dijalankan. Terdapat beberapa jenis produk yang telah dicetak melalui proses 3D scanning yang digunakan semasa demonstrasi ini. Seterusnya pelajar dibawa melihat pelbagai jenis mesin 3D printer serta melihat bagaimana proses 3D printing dijalankan. Diharapkan agar lawatan ini dapat memberi ilmu dan pengetahuan baru dan terkini buat para pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Demonstrasi dan penerangan berkenaan proses 3D
Scanning.
Demonstrasi dan penerangan berkenaan proses 3D
Printing
Contoh-contoh
mesin 3D Printing
Disediakan oleh,
Ts. Dr.
Norazean Shaari @ Md Noh
Divisyen
Kejuruteraan Mekanikal, FKSH.
No comments:
Post a Comment