Thursday, September 8, 2022

LAPORAN PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN AKHIR (FYP) ISM (KEP.) TEKNOLOGI INDUSTRI

 Pada setiap hujung semester, pembentangan projek pelajar tahun akhir bagi setiap program akan diadakan bagi tujuan penilaian lisan terhadap projek yang dibuat oleh pelajar. Pembentangan FYP program ISM (Kep.) Teknologi Industri telah diadakan pada 9 Ogos 2022 (Selasa) bagi kursus FIS3312 Final Year Project I (FYP I) dan 15 Ogos 2022 (Isnin) bagi kursus FIS3324 Final Year Project II (FYP II). Kedua-dua pembentangan ini dijalankan di Bilik Seminar, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat.

Pembentangan FYP I

 Bagi pembentangan FYP I, seramai 10 orang pelajar telah membuat pembentangan. Pelajar akan dinilai oleh penyelia sendiri dan dua orang pemeriksa dengan pembahagian peratus markah 60% dan 40%. Diantara penyelia yang terlibat untuk FYP I adalah Ts Dr Wan Zarina binti Wan Mohamed, Dr Norazlina binti Idris, Tuan Azmar binti Tuan Daud, PM Dr Fridelina binti Sjahrir dan Ts Dr Rahmad bin Mohd Taib. Di dalam pembentangan kursus ini pelajar perlu membentangkan kertas cadangan bagi projek yang akan dilaksanakan dalam kursus FYP II.

Kebanyakan pelajar dapat menerangkan dengan baik projek yang akan dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa mereka faham dan jelas dengan apa yang dirancang. Penyelia dan kedua pemeriksa memberi komen yang membina untuk menambah baik projek. Semua pelajar dikehendaki membuat pembetulan sewajarnya dengan komen yang diberi.


Pembentangan FYP II 9 pelajar

 Manakala bagi kursus FYP II, pembentangan disertai seramai 9 pelajar. Semua pelajar telah berjaya menyiapkan projek dan laporan tesis. Dalam sesi ini pelajar membentangkan hasil dapatan projek yang dilakukan sepanjang semester. Pemarkahan juga adalah 60% - 40% diantara penyelia dan dua pemeriksa. Penyelia- penyelia yang terlibat dalam kursus ini adalah Ts Dr Wan Zarina binti Wan Mohamed, Ts Noor Halini binti Baharim, Dr Norazlina binti Idris, Ts Dr Rahmad bin Mohd Taib. Pelajar - pelajar perlu membuat pembetulan pada tesis berdasarkan komen yang diberikan oleh penyelia dan pemeriksa. Semua pembetulan perlu disiapkan dan laporan tesis lengkap perlu di hantar selewat - lewatnya pada 29 Ogos 2022. Selepas itu, pelajar - pelajar ini akan menjalani latihan industri selama 20 minggu.

 

Kesimpulan

 Semua tajuk yang dibentangkan adalah menarik dan berpotensi untuk dikembangkan. Pelajar - pelajar perlu sentiasa berbincang dengan panel terutama penyelia untuk membawa projek ke peringkat lebih tinggi. Diharapkan para pelajar dapat membuat pembetulan dan menghantar laporan mengikut tarikh yang ditetapkan. Semoga dengan adanya sesi pembentangan ini para pelajar akan mendapat pengalaman untuk membentangkan secara lisan dan menjawab soalan panel dengan yakin dan tenang. Sesi ini juga boleh dianggap sebagai latihan untuk pembentangan Simposium Prasiswazah FELS - US ke 4 pada 24 Ogos 2022.


Tuan Azmar Binti Tuan Daud ebulletin

02 September 2022

No comments:

Post a Comment

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU DI KOLEJ VOKASIONAL (KV) SUNGAI BULOH

  Pada 14 Januari 2024, bertempat di KV Sungai Buloh, telah berlangsungnya Program Pemindahan Ilmu bertempat di KV Sungai Buluh yang melibat...