Monday, March 16, 2026

Program Strike & Unite Bowling Challenge

 

Program Strike & Unite Bowling Challenge telah dilaksanakan pada 12 Februari 2026 bertempat di Bruns KL Bowl, Kuala Selangor. Program ini dianjurkan di bawah kursus Critical and Creative Thinking in Industry (Semester 2533S), Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, serta turut merangkap sebagai aktiviti mentor–mentee bagi Program Diploma Teknologi Industri. Penyertaan melibatkan 24 orang pelajar bersama pensyarah, dengan matlamat mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerja berpasukan dan menggalakkan persaingan sihat dalam suasana santai di luar bilik kuliah.


Sebelum perlawanan dimulakan, satu sesi briefing ringkas telah disampaikan oleh pihak jawatankuasa bagi menerangkan peraturan permainan serta aspek keselamatan sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti bowling kemudian dijalankan secara berkumpulan, di mana setiap pasukan berusaha mencatat jumlah jatuhan pin tertinggi. Sepanjang perlawanan, suasana amat meriah dengan sorakan sokongan, gelak tawa dan semangat setiakawan yang jelas terpancar dalam kalangan peserta.



















Bagi kategori utama, johan keseluruhan telah dimenangi oleh kumpulan yang dianggotai oleh Syabil Arsyad, Muhammad Hariz, Amin Muzaffar dan Khuzairi Arifin. Anugerah Best Bowler pula dirangkul oleh Syabil Arsyad atas prestasi cemerlang dan konsisten sepanjang permainan. Bagi kategori kumpulan wanita, kemenangan telah diraih oleh Nur Alya Syahirah, Nur Syahadah, Nur Ellyna Yasmin dan Ts. Dr. Wan Zarina. Penyampaian penghargaan dilakukan dalam suasana santai namun penuh semangat apresiasi terhadap usaha semua peserta.






Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang dirancang. Selain menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah, ia turut mengukuhkan hubungan mentor–mentee serta meningkatkan interaksi sosial yang positif antara pelajar dan pensyarah. Program ini bukan sahaja menjadi platform persaingan sihat, malah menjadi ruang membina hubungan yang lebih mesra dan harmoni dalam komuniti akademik. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyokong pembangunan sahsiah dan kesejahteraan pelajar secara menyeluruh.

 


Disediakan oleh:

Ts. Noor Halini binti Baharim

Ts. Dr Wan Zarina binti Wan Mohamed


No comments:

Post a Comment

Program Strike & Unite Bowling Challenge

  Program Strike & Unite Bowling Challenge telah dilaksanakan pada 12 Februari 2026 bertempat di Bruns KL Bowl, Kuala Selangor. Program ...