Tuesday, December 31, 2024

PERSAMPELAN IKAN KELI BUNGA (CLARIAS MACROCEPHALUS)

Pada 5 Februari 2024, satu aktiviti persampelan ikan keli bunga (Clarias macrocephalus) telah dijalankan di Yan, Kedah. Aktiviti ini melibatkan lima orang staf, bertujuan mengumpul data penting bagi kajian berkaitan spesies ikan air tawar ini. Kajian ini telah dibiayai oleh Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) bagi tahun 2023 yang diketuai oleh Dr Roshani Othman.



  





Kajian ini dijalankan dengan menggunakan C. macrocephalus yang merupakan salah satu spesies ikan keli yang menjadi khazanah bernilai di Asia Tenggara termasuklah Malaysia kerana potensi isinya yang lembut dan sedap sekaligus menjadikannya sebagai spesies penting dalam sektor akuakultur. Walau bagaimanapun, populasi liar C. macrocephalus semakin berkurangan akibat penangkapan berlebihan, kemusnahan habitat, pencemaran, dan aktiviti manusia yang lain. Selain itu, penternakan C. macrocephalus menghadapi cabaran seperti kekurangan benih dan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding spesies hibrid, yang menunjukkan prestasi pertumbuhan yang lebih baik.






Persampelan dijalankan di beberapa lokasi strategik dengan fokus kepada habitat semula jadi termasuk kawasan sawah padi, parit, dan sungai kecil sekitar Kampung Selengkoh,Yan, Kedah.

Terima kasih kepada dedikasi dan usaha semua staf yang terlibat, aktiviti ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Yan, Kedah, sekali lagi membuktikan potensinya sebagai kawasan penting dalam penyelidikan biodiversiti ikan air tawar.



 Disediakan oleh :

Farrah Nazuha binti Mansor

Dr Roshani binti Othman

Nur Akmal binti Suliman

Sulaiman Abdul Haq bin Hazman

Khairul Anwar bin Mohd Said

HARI KELUARGA JABATAN SAINS DAN BIOTEKNOLOGI (JASBIO) 2024

 

Pada tanggal 8 dan 9 Jun 2024, buat julung kalinya, Hari Keluarga JASBIO telah diadakan bertempat di Erya Suria Hot Spring Bentong, Pahang. Acara dua hari satu malam ini berlangsung meriah, dengan kehadiran 14 keluarga staf JASBIO, menjadikan jumlah peserta seramai 45 orang termasuk ahli keluarga. Agenda utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan sesama staf dan ahli keluarga serta memberi peluang kepada semua untuk meluangkan masa berkualiti bersama.

Acara bermula seawal jam 2 petang selepas semua staf dan keluarga mendaftar masuk ke bilik masing-masing. Kemeriahan mula dirasai pada pukul 4.30 petang dengan Majlis Pembukaan Hari Keluarga yang dirasmikan oleh wakil pengurusan JASBIO.

Suasana bertambah hangat dengan pelbagai aktiviti sukaneka yang diadakan, melibatkan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur. Gelak tawa dan sorakan menggamatkan suasana, menjadikan sesi petang itu lebih ceria. Bukan sekadar berseronok, aktiviti ini turut memperkukuhkan semangat kekeluargaan dan kerjasama dalam kalangan staf dan ahli keluarga JASBIO.

Pada sebelah malam, semua staf dan keluarga berkumpul semula untuk Majlis Penutup Hari Keluarga JASBIO. Acara ini dimeriahkan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang sukaneka, diikuti dengan cabutan bertuah yang menjadi detik yang paling dinantikan. Sorakan kegembiraan dan wajah teruja menghiasi malam itu apabila pelbagai hadiah menarik berjaya dibawa pulang.

Pada hari kedua, selepas menikmati sarapan pagi, para staf JASBIO  meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti bebas seperti mandi-manda di kolam air panas yang terkenal dengan keindahan semula jadinya. Kanak-kanak berseronok bermain air, manakala ibu bapa menikmati saat-saat santai yang menenangkan sebelum acara tamat pada pukul 12 tengah hari dengan sesi daftar keluar hotel.

Sesungguhnya Hari Keluarga JASBIO 2024 menjadi detik bersejarah dan kenangan manis bagi semua yang terlibat. Acara ini bukan sahaja berjaya mengeratkan hubungan antara staf dan keluarga, tetapi juga memberikan pengalaman bermakna untuk dikenang bersama.

Dengan keberkatan dan kerjasama semua pihak, acara ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga tradisi ini dapat diteruskan pada masa akan datang, menjadikan JASBIO bukan sahaja tempat kerja, tetapi juga sebuah keluarga besar yang saling menyokong dan menghargai.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan acara ini. Jumpa lagi di Hari Keluarga seterusnya!

#FamilyDayJASBIO #JASBIO2024 #Silaturahim #KeluargaBesarJASBIO

   




 

 






                                                                                                             
                                                                            
    
    
                                                                                




Disediakan oleh:

Sulaiman Abdul Haq bin Hazman

Editor : Farrah Nazuha binti Mansor


Short Course Series in Aquatic Biotechnology Laboratory, FELS : 𝐁𝐚𝐬𝐢𝐜 𝐇𝐢𝐬𝐭𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐖𝐨𝐫𝐤𝐬𝐡𝐨𝐩

 

On 12th November 2024, the Faculty of Engineering and Life Sciences (FELS), in collaboration with HISTOCENTER, successfully organized the Basic Histology Workshop, part of the Short Course Series in Aquatic Biotechnology Laboratory. This workshop focused on fundamental techniques in histology, an essential field for understanding tissue structure and function, and its applications in diagnosis, research, and biotechnology advancements.

The workshop began with an introductory session by Assoc. Prof. Ts. Dr. Siti Hasmah binti Mohtar, followed by theoretical and practical sessions conducted by Mr. Amirul Rahman, a representative from HISTOCENTER. Participants had the opportunity to acquire various essential skills, including:

  • Tissue processing,
  • Tissue embedding and sectioning, and
  • Slide staining using advanced Leica equipment.

The objective of this workshop was to equip participants with both theoretical knowledge and practical skills in histology techniques, while also enhancing their understanding of the importance of high-quality technology in histological research.

May this program leave a positive impact on participants and contribute to the growth of knowledge in biotechnology and life sciences at FELS.









#FlyHighFELS
#uniselawesome

Prepared by :

Farrah Nazuha binti Mansor

Dr Roshani binti Othman


JAMUAN MAKAN MALAM JASBIO 2024

 

Pada tanggal 27 Disember 2024, Jabatan Sains dan Bioteknologi (JASBIO), Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat telah mengadakan Jamuan Makan Malam JASBIO 2024 bertempat di Zombie Seafood, Meru, Selangor. Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dan dihadiri oleh seramai 27 orang, termasuk ahli keluarga staf.

Walaupun ramai staf bercuti atau mempunyai urusan peribadi, kehadiran yang ada tetap memeriahkan suasana. Gelak tawa dan gurauan mesra antara rakan sekerja menjadikan majlis ini penuh kehangatan, mencerminkan hubungan erat dalam pasukan JASBIO.

Persiapan majlis ini mengambil masa sebulan, dengan usaha memilih lokasi yang sesuai dan membuat tempahan makanan bagi memastikan keselesaan dan kepuasan para tetamu. Pilihan Zombie Seafood ternyata tepat, dengan hidangan yang enak dan suasana santai yang melengkapkan kemeriahan malam itu.

Jamuan ini bukan sahaja menjadi acara santai, tetapi juga satu kenangan manis untuk menutup tirai tahun 2024 dengan penuh keakraban.

Semoga ikatan yang terjalin terus kukuh dan memberikan semangat baru untuk menghadapi tahun 2025!













#JASBIO2024 #Teamwork #ZombieSeafood #EndYearCelebration

Disediakan oleh :

Sulaiman Abdul Haq bin Hazman





Wednesday, December 18, 2024

Tuesday, December 17, 2024

INNOVATION PRODUCT : LEAFY ANACARDIUM

 


Prepared by :
Farrah Nazuha binti Mansor
Sulaiman Abdul Haq bin Hazman
Rozila binti Alias
Assoc. Prof. Dr. Moohamad Ropaning bin Sulong (UNISSA, Brunei)

SAMBUTAN HARI PEMBERSIHAN SEDUNIA 2024



                           

Pada tanggal 21 September 2024, Sambutan Hari Pembersihan Sedunia 2024 bertemakan “Jom Selamatkan Pantai Kita” anjuran Pertubuhan Skuad Alam Sekitar Bestari Malaysia (SASTARI Malaysia) telah diadakan di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Acara tahunan ini adalah sebahagian daripada usaha global memperingati World Cleanup Day bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya kawasan pantai. Penglibatan tiga pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat (FKSH) iaitu Puan Farrah Nazuha, Pn Arni Sabita Lina dan En Sulaiman Abdul Haq yang mewakili Universiti Selangor (UNISEL) sebagai Rakan Strategik dalam program ini merupakan tanda keprihatinan universiti terhadap isu global dan peranannya sebagai peneraju dalam pendidikan berteraskan kelestarian dan tanggungjawab sosial. Turut terlibat adalah para pelajar yang mengambil kursus MPU Green Awareness and Sustainability in Community.

Berikut merupakan tentatif program yang telah berlangsung :

- 07:30 - 08:00 pagi - Pendaftaran

- 08:00 - 08:30 pagi

1. Ucapan ringkas/perasmian dari Penyelaras Program/Tetamu Kehormat.

2. Penerangan ringkas berkaitan program oleh SASTARI

3. Penerangan keselamatan ketika melakukan aktiviti

- 08:30 - 10:00 pagi - Aktiviti pembersihan bermula

- 10:00 - 11:00 pagi

1. Pengasingan sampah mengikut kategori (Audit Sisa)

2. Menimbang sampah

- 11:00 - 11.59 pagi  - 

1. Acara penutup 

2. Perkongsian pengalaman dan maklum balas program - Bergambar




Disediakan oleh :

Farrah Nazuha binti Mansor
Sulaiman Abdul Haq bin Hazman
Arni Sabita Lina binti Mat Jusoh

EDUCATIONAL VISIT TO ENVIRONMENTAL, SOCIAL, AND GOVERNANCE (ESG) CENTRE KUALA LUMPUR



On 7th December 2024, a group comprising 14 engineering students and 6 lecturers visited the ESG (ENVIRONMENTAL, SOCIAL, AND GOVERNANCE) Centre in Kuala Lumpur. The visit aimed to enhance participants’ understanding of sustainable practices and governance principles, providing an invaluable opportunity for experiential learning. It’s aligned with EAC 2024 manual that emphasize the requirement of sustainability knowledge and assessment within the courses and program.


The presentation during the visit was conducted by Haji Ismail bin Abdullah, President and Chief Sustainability Officer (CSO) of International Green Trends Cockpit (IGTC) Sdn. Bhd. His expertise and approachable manner significantly enhanced the learning experience for all participants.   

The ESG Centre was conceptualized by YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Haji Kamarulzaman Bin Mat Salleh, the Mayor of Kuala Lumpur, as a demonstration of DBKL's (Kuala Lumpur City Hall) commitment to global sustainability and support for ESG frameworks. The Centre was officiated by YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, the Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories), on 1st August 2024.

The Center's key roles include serving as a reference hub for ESG programs, providing up-to-date insights on carbon reduction initiatives, and acting as the first "Sustainability Insights" center established by local authorities and government agencies. Additionally, it mentions its role in greenhouse gas inventory management, facilitating stakeholder relations, and encouraging self-learning through its design and circulation concepts. This infographic is visually appealing, combining simple text with dotted illustrations that emphasize its diverse contributions to ESG efforts.

The ESG Centre Kuala Lumpur is designed as a comprehensive hub for advancing sustainability and governance practices. Its concept revolves around:

1. Sustainability Insights: Acting as the first "Sustainability Insights" centre established by local authorities and government agencies, the Centre offers expert knowledge and data on sustainability challenges and solutions.

2. Educational Platform: Providing self-learning opportunities through interactive exhibitions, workshops, and digital resources that promote a deeper understanding of ESG principles.

3. Carbon Reduction Initiatives: Serving as a dissemination center for information and initiatives related to carbon reduction, climate change adaptation, and environmental stewardship.

4. Collaboration Network: Facilitating connections between corporations, government agencies, and community organizations to support ESG-driven collaborations and partnerships.

5. Data and Research Hub: Housing resources like the Greenhouse Gas Inventory Management System (GIMS), which supports transparent reporting and research in ESG compliance.

6. Innovative Design: Incorporating a forward-thinking architectural concept that emphasizes functionality, circulation, and a learning-friendly environment for visitors and stakeholders.

The educational visit to the ESG Centre provided multiple benefits for both students and lecturers:

1. Enhanced Knowledge of ESG Principles

Participants gained a deeper understanding of the core elements of ESG—environmental responsibility, social equity, and governance transparency—and their relevance to various industries.

2. Practical Exposure

Through interactive sessions and case studies, students and lecturers were exposed to real-world applications of ESG practices, such as carbon footprint reduction, ethical labor practices, and corporate governance models.

3. Skill Development

Students enhanced their critical thinking, problem-solving, and collaborative skills by engaging in group discussions and activities led by the Centre’s experts.

4. Networking Opportunities

The visit facilitated connections with professionals and organizations committed to sustainability, providing potential opportunities for internships and future collaborations.   

5. Inspiration for Academic and Career Paths

Lecturers and students were inspired to incorporate ESG themes into their academic projects, teaching methodologies, and career aspirations, fostering a generation equipped to address sustainability challenges.

The visit to the ESG Centre Kuala Lumpur was a highly enriching experience, equipping participants with valuable insights into sustainable practices and ethical governance. It underscored the importance of integrating ESG principles into both personal and professional domains, preparing students to be proactive contributors to a sustainable future. This educational experience will undoubtedly have a lasting impact on all participants, reinforcing the critical role of education in driving meaningful change.

 










Prepared by:

Ms. Siti Nor Baizura Binti Zawawi

Ts Dr. Siti Birkha Binti Mohd Ali

Ts. Hazmin Binti Mansor

Dr. Wan Nazirah Binti Wan Md Adnan

Dr. Anis Sabirin Binti Baharom

Mdm Rohaizah Binti Mohd Ghazali


Thursday, December 5, 2024

ARTIFICIAL INTELLIGENCE SUBSET OF ELECTRICAL AND ELECTRONIC ENGINEERING PROGRAM?

 

Artificial Intelligence (AI) can be considered a subset or an interdisciplinary domain closely related to Electrical and Electronic Engineering (EEE). However, it is not exclusively a subset, as AI spans multiple fields, including computer science, mathematics, and data science.

 

How AI relates to Electrical and Electrical Engineering?

AI is integrated into EEE programs because it plays a critical role in automating, optimizing, and enhancing electronic systems and devices. Key areas of overlap include:

Figure 1: Key area of AI integrated into EE programs

The Electrical and Electronics Engineering (EEE) program plays a crucial role in the evolving world of Artificial Intelligence (AI). With the growing demand for smart systems and automation, EEE provides the foundation for designing and implementing intelligent hardware and software solutions. The program equips students with skills in circuits, embedded systems, robotics, and signal processing, all of which are essential for AI applications. From developing AI-powered sensors for autonomous vehicles to designing smart grids for energy efficiency, EEE professionals are at the forefront of innovation. AI technologies like machine learning and neural networks are deeply integrated into the engineering curriculum, enabling graduates to create cutting-edge solutions for industries such as healthcare, telecommunications, and renewable energy. In an AI-driven world, EEE programs bridge the gap between traditional engineering and intelligent systems, preparing future engineers to lead the next wave of technological advancements.

By :

Dr Anis Sabirin Baharom






PROGRAM PEMINDAHAN ILMU DI KOLEJ VOKASIONAL (KV) SUNGAI BULOH

  Pada 14 Januari 2024, bertempat di KV Sungai Buloh, telah berlangsungnya Program Pemindahan Ilmu bertempat di KV Sungai Buluh yang melibat...